Sunday, June 15, 2014

Day 1 : Seoul : Namsangol Hanok Village & Namsan Tower

27 Februari 2014 : Khamis

Fuhhhhh... Akhirnya sampai juga kami di Incheon Airport Seoul. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Alhamdullilah..
Tiket Air Asia KL to Seoul

Harga Tiket RM 2748 untuk 4 orang

Incheon Airport, Seoul

T-Money

Sampai je di Incheon Airport, berdesup kami terus dapatkan T-Money di 7 Eleven. Harga (2,500 + 50,000). Topup 50,000 won. Tmoney ni macam kad touchNGo la kalau kat Malaysia. T-Money ni boleh guna untuk naik Bus dan Train. Selain dari tu, kalau nak membeli belah di 7E atau kedai2 serbaguna pun boleh guna TMoney ni.
Resit tiket T-Money

Pas2 kami bergegas cari Limousine Bus untuk ke Seoul.. Kami akan checkin Hotel terlebih dahulu.. Beg banyak.. xgamak nak usung pi jalan2... Sebelum kami bertolak ke Seoul, kami ada menerima email daripada Kpop Residence Hotel. Dalam tu, ada cara-cara nak ke Hotel dari Incheon International Airport dan Gimpo Airport. Ikut je guide yang diorang kasi.. InsyaAllah sampai.

Ingat lagi masa naik bas tu, drebar bus suruh kami pakai sit belt.. tgh bus tu lap baik punya.. beg aku tergolek jatuh kat tangga.. hahaha.. malu sungguh.. ada oppa sorang senyum je tgk beg aku tergolek ke tangga bus.. nerves punya pasal..

K-pop Residence Myeongdong

K-POP Residence Hotel
Dalam banyak2 hotel di Seoul, kami tertarik dengan hotel ni. Kpop Residence Hotel.. Sebab apa?? hahah opkos la.. peminat kpop kot.... Kami menginap 3 malam di hotel ni 27 Feb 2014 hingga 2 Mac 2014. Kami ambil satu bilik. Ada 1 katil queen dan 1 katil 2 tingkat. Mak ngan abah dok katil queen. Kami berdua.. apa lagi.. katil 2 tingkat la.. Disebabkan Cik Mina muda, dia kena panjat dok atas. hahaha... aku? aku gayat... hahhaha... hat muda kenalah mengalah.
Harga untuk 3 malam = 440,000 won untuk 1 bilik.

Macam mana nak ke Kpop Residence Hotel?
Cara-cara ke Kpop Residence Hotel - 1
Cara-cara ke Kpop Residence Hotel -2
Cara-cara ke Kpop Residence Hotel -3



 Details kan?? Jangan risau.. staf2 kat kpop sedia membantu.. Ewahhh.. Kelebihan hotel ni.. ada siap sedia breakfast.. kita boleh guna dan makan apa saja yang ada di pantry depa.. Macam2 ada.. Menu wajib.. Roti dan pisang.. hahaha... hat tu je ada.. kami ada bawak sambal ikan bilis dan serunding.. kira saraaa laa... sbab boleh makan ngan roti...


Namsangol Hanok Village

 Kami sampai awal di Hotel Kpop.. tak boleh nak checkin lagi.. kami tinggai je beg2 kami kat hotel.. depa sediakan tempat dan bergegas ke Namsangol Hanol Village.. Apa yang ada kat sini? Rumah2 tradisional Korea..

Pakai benda free jeee....

Abah dan sejarah warisan korea

Cara nak ke sana? Ke station Myeong-dong ke Chungmuro..
Myeong-dong(424) -   Chungmuro(423) (LINE 4) -- 1,150 won
Kemudian cari Signboard ke Namsangil Hanok Village (ikut ja direction – 220 meter)
 Masuk percuma ye... jimat kos.. hehe.. Aktiviti pertama kami di Namsangol tu.. Kami lunch dulu.. Makan nasi impit dan serunding yang mak bawak... Perghhhh sedap gila masa tu.. Lapaq xdak dah...






Namsan Tower (N-Seoul Tower)

Next Destination adalah Namsan Tower.. Apa yang menarik Namsan Tower? Kalau ampa peminat cerita Boys Over Flowers.. Kat sini la tempat  Jun Pyo dan Jan Di terkunci masa 1st date depa.. alaa.. yang tulis "First Night" kat dinding Cabel Car tu la.. Tapi bila pi sana.. xdak pun.. haha ingatkan ada.. hehehe... (cesss)

Macam mana nak ke sana?
Chungmuro(423) - Myeong-dong(424)
Boleh pilih nak keluar 3 daripada Myeongdong Station. Sila lihat sebelah kiri.. Nanti akan nampak Pacific Hotel.. Terus lagi.. nanti nampak Pacific Hotel sebagai Landmark Building.. Jalan lagi sampai nampak jumpa Namsan guesthouse 3, kemudian Namsan guesthouse 2 and lastly A -Namsan guesthouse.Jalan lagi.. (mendaki.... sampai semput.. hehehe...) Jalan sampai jumpa tangga kayu.. Naik tangga kayu.. Pas2.. kejapp je depan tu.. akan nampak Cabel Car Station.. Naik Cabel Car.. dan sampai la ke Namsan Tower..
Stamina kami tercabar pada hari pertama.. Serius penat... Mendaki bukit.. erkkkkk...

Peta dari Myeongdong Station ke Namsan Tower

Otw.. Akan nampak Namsan Guest House

Tangga Kayu.. Kalau nampak tangga ni.. kira dah nampak NURR laaa...

Menunggu Naik Kabel Car
Tiket kami... 34,000 won untuk 4 orang..



Aktiviti wajib.. Kunci-kunci Chenta
We Got Married....
I Love U...

Sekian saja untuk Edisi Day 1 : Jenuh aku nak ingat balik.. dah 100 hari berlalu.. (kena paksa ngan Cik Mina untuk wat review.. huhuhu tu janji aku kat dia masa sebelum kami pi sana lagi...)
Saksikan Edisi Day 2 di lain hari... erkkk bila ntah... tunggu mood sampai daaaaa... Sekian.. 
Korea...... I Miss U So Much..

Lupaaa..... Kalau pi Korea.. menu wajib yang perlu diminum.. SUSU PISANG...!!!

 


Perbelanjaan Day 1 :

T-Money = 50,000 won
Limousine Bus = 14,000 won
Cabel Car = 34,000 won / 4 = 8,500 won
Kpop Residence Hotel = 440,000 won / 4 = 110,000 won

Total Kasar = 182,500 won  (tidak termasuk beli benda2 merapu.. ayaq mineral dan sebagainya)
untuk naik subway tu.. boleh tolak je kredit tmoney.. so aku xmasukkan sebagai perbelanjaan..




6 comments:

  1. Saya nk add cik lin kat dlm list blog kengkawan sy boleh? senang nak baca episod2 berikutnya (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2 Cik Nedli.. Tapi kena sabar menanti la.. haha.. 100 hari baru nak update.. ingatan pun makin kurang dah... ;p

      Delete
  2. Bley la I guna wat reference nak p nnt...hehehe...

    -dyg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja dayang.. kalau nak details lagi.. boleh tanya cikmina.. dia lagi terer dari kakin.. hehe

      Delete